Selangkah Menuju Impian Anda

Di GXBank, kami komited untuk memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk merealisasikan impian mereka.

Kami percaya bahawa pendidikan ialah asas kepada sebuah perjalanan hidup yang mampu mengubah masa depan. Justeru itu, kami ingin membuka ruang kepada rakyat Malaysia yang bersemangat untuk belajar dan membina masa depan yang lebih cerah melalui pendidikan.

Impian Gigih Biasiswa GXBank diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar yang layak mendekati impian mereka melalui pembiayaan pendidikan.

Tarikh akhir permohonan ialah pada 15 Jun 2026.

Mohon sekarang

Manfaat

Sokongan matrikulasi
Yuran pengajian penuh
Elaun bulanan untuk sara hidup dan penginapan
Program kepimpinan dan kemahiran insaniah
Program pendedahan di luar negara

Kriteria Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM8,000

  • Berumur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan

  • Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.30 ke atas di peringkat STPM / Diploma / A-level / Matrikulasi / Program Asasi

  • Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa/ikatan kontrak daripada mana-mana penaja sepanjang tempoh pengajian

Mohon sekarang

Penerima Impian Gigih Biasiswa

Kumpulan Penerima Impian Gigih Biasiswa Pertama

Datuk Zaiton Mohd Hassan (tengah kiri) dan Pei-Si Lai (tengah kanan) bersama para penerima Biasiswa Impian Gigih.
(Dari kiri, barisan belakang): Tony Hoe, Mohammad Zulhilmi Mohd Jumain, Kan Penny, Thanakesh Subramaniam
(Dari kiri, barisan hadapan): Nicholas Lee, Nur Adlina Balkis Muhammad Razali, Nur Alya Zulaikha Abdullah dan Nimexsionre Sulani.



Kumpulan Penerima Impian Gigih Biasiswa Kedua

Cohort 2 Scholars

GXBank’s Kaushik Chowdhury (atas tengah), Hildah Hamzah (duduk tengah kiri), dan Datuk Zaiton Mohd Hassan (duduk tengah kanan).
(Penerima berdiri, dari kiri): Muhammad Haikal Riezzel, Deevina Lee, Mah Sengzi, Nurfahim Akhbar Mohd Akhbar, Afiqh Zahint A'ly, Muhammad Syahmi Imran Sayuti. (Penerima duduk, dari kiri): Nurl Ain Alisya Che Hassan, Santhrani a/p Raguram, Nur Amira Adani Azizol, Pang Wai Kar.

Tentang Biasiswa Impian Gigih

Apakah Impian Gigih Biasiswa?

Impian Gigih Biasiswa adalah program biasiswa GXBank untuk pelajar yang memasuki mana-mana universiti awam Malaysia dari pendapatan isi rumah kasar bulanan RM8,000 dan ke bawah.

Sokongan kewangan akan diberikan kepada pelajar cemerlang tahun pertama yang mengikuti program ijazah sarjana muda di universiti awam Malaysia.

Apakah yang ditanggung oleh Impian Gigih Biasiswa?

Impian Gigih Biasiswa merangkumi perkara berikut:

● Yuran pengajian penuh untuk keseluruhan tempoh pengajian ijazah sarjana muda
● Sokongan matrikulasi
● Program pendedahan di luar negara
● Elaun sara hidup
● Latihan praktikal bersama GXBank
● Kursus kepimpinan dan kemahiran insaniah bagi kesiapsiagaan masa hadapan

Berapa ramai penerima yang akan dipilih setiap tahun untuk menerima Impian Gigih Biasiswa?

Pemohon akan dinilai mengikut keperluan bagi memastikan hanya yang paling sesuai dan layak dipilih sebagai penerima Impian Gigih Biasiswa.

Polisi Privasi Data Bank untuk pemohon biasiswa

Keperluan, Permohonan
& Proses Pemilihan

Siapakah yang layak memohon Impian Gigih Biasiswa?

Kriteria Kelayakan:

1. Hanya terbuka kepada mereka yang memohon sebagai pelajar sepenuh masa di mana-mana universiti awam Malaysia.
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 22 tahun dan ke bawah pada tahun permohonan
4. Pendapatan kasar isi rumah bulanan RM8,000 dan ke bawah
5. Penerima tidak boleh menerima biasiswa/tajaan/perjanjian ikatan daripada penaja lain sepanjang tempoh pengajian*
6. Keputusan: PNGK 3.30 dan ke atas dalam STPM/Diploma/A-Level/Matrikulasi/Program Asasi atau setaraf
7. Mendapat tempat di universiti awam Malaysia.

* Nota:
Pemohon mesti mengisytiharkan sebarang biasiswa/pinjaman yang mereka sudah terima/pernah terima.
Jika pemohon telah dipilih sebagai penerima Impian Gigih Biasiswa, mereka akan menerima surat tawaran dan menamatkan sebarang biasiswa/pinjaman sebelumnya.

Bagaimana seseorang itu boleh memohon Impian Gigih Biasiswa?

Pemohon yang berminat boleh klik di SINI untuk mengisi borang permohonan sehingga 15 Jun 2026. Borang permohonan mestilah diringi surat sokongan (300-500 perkataan) yang memperincikan aspirasi mereka untuk komuniti dan perubahan selepas tamat pengajian.

Untuk permintaan borang permohonan secara fizikal, sila e-melkan ke kumpulan biasiswa kami di gxb.biasiswa@gxbank.my

Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui e-mel.

Surat sokongan anda akan dinilai berdasarkan ketelusan, keaslian, kreativiti dan penguasaan bahasa.

Calon yang berjaya melepasi temuduga awal akan dihubungi untuk menghantar video penilaian komunikasi yang berdurasi tidak melebihi 2 minit.

Dokumen apa yang perlu dihantar oleh pemohon?

Pemohon mesti menghantar dokumen berikut:

● Lengkapkan borang permohonan
● Permohonan dalam talian (Klik SINI)
● Surat sokongan
● Salinan surat tawaran universiti awam Malaysia (jika tersedia semasa permohonan dibuat)
● Salinan keputusan akademik 
● Testimonial (pilihan)

Apakah video penilaian komunikasi?

Penilaian ini adalah untuk calon yang berjaya mara selepas sesi temuduga awal.

Video (berdurasi maksimum 2 minit) ini bertujuan untuk menilai gaya komunikasi dan keyakinan calon dalam menyampaikan topik yang mereka minati atau mempunyai minat mendalam terhadapnya.

Bolehkah pemohon memohon program Impian Gigih Biasiswa sebelum menerima/bersetuju dengan tawaran daripada universiti awam Malaysia?

Ya. Sila lampirkan salinan permohonan universiti sebagai dokumen sokongan. Surat tawaran bersyarat akan disediakan jika pemohon berjaya.

Setelah keputusan permohonan universiti disahkan, sila kemukakan salinan surat tawaran oleh universiti kepada Jawatankuasa Impian Gigih Biasiswa.

Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan penyertaan dalam program ini dibatalkan.

Apa yang berlaku jika pemohon memohon selepas tarikh tutup?

Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Adakah pemohon perlu membayar untuk memohon?

Tiada bayaran permohonan. Pemohon boleh menghantar permohonan anda melalui borang yang disediakan dan pihak kami akan menghubungi anda.