Diterbitkan pada: 2 Ogos 2024

Perdana Menteri Melancarkan `GX Untuk Semua’ - Komitmen GXBank Ke Arah Pembangunan Teknologi Dan Sumber Manusia Untuk Masa Depan Industri Kewangan Digital Malaysia


GXBank akan mengenalpasti dan membangunkan bakat baru dalam sektor kewangan digital melalui pelaburan RM1.5B untuk tempoh lima tahun akan datang

GX Untuk Semua selaras dengan aspirasi KL20 kerajaan



PETALING JAYA, 2 Ogos 2024 - Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, hari ini melancarkan inisiatif GX Bank Berhad (GXBank), iaitu GX Untuk Semua. Inisiatif ini adalah bukti komitmen berterusan oleh GXBank, dalam menyokong pembangunan negara, serta memenuhi visi KL20 untuk menjadi salah satu daripada 20 hab permulaan global terkemuka.

GXBank, yang dibangunkan oleh Grab, adalah berasaskan teknologi, dan didorong syarikat induknya dalam memberi kesan ekonomi dan sosial serantau, dengan meletakkan sasaran untuk menerajui transformasi industri perbankan dan kewangan digital. Pelaburan GXBank sebanyak RM1.5 bilion ke Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang merangkumi pelancaran inisiatif GX Untuk Semua, sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam landskap perbankan digital.

Hadir sama dalam majlis pelancaran berkenaan ialah YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia; YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital.

Turut hadir ialah Datuk Zaiton Mohd. Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah, GXBank; En. Anthony Tan, Ketua Eksekutif Grab Holdings; Puan Lai Pei-Si, Ketua Eksekutif GXBank; ahli lembaga pengarah dan pemegang saham GXBank; dan pengurusan kanan Grab Malaysia.

GX Untuk Semua bertujuan memberi tumpuan kepada memupuk bakat teknologi tempatan, membangunkan kecekapan teras dan amalan industri terbaik, serta penyelesaian inovatif. Inisiatif ini akan memanfaatkan teknologi terkini untuk menawarkan akses kewangan dan penyelesaian mampan untuk golongan yang tersisih atau sukar mendapatkan perkhidmatan. Antara kepakaran dan penyelesaian yang disasarkan oleh hab ini adalah penyelesaian berasaskan AI untuk pengurusan risiko dan penipuan, serta penyelesaian pinjaman peribadi dan MSME. Selain itu, GX Untuk Semua juga akan menggalakkan keusahawanan dan menyediakan peluang penyelesaian berasaskan teknologi untuk diterokai bagi keperluan kewangan digital masa depan. Pengerusi GXBank, Datuk Zaiton Mohd Hassan berkata, “GX Untuk Semua lebih daripada aspirasi kebangsaan atau hab teknologi. Ia juga melambangkan pelbagai impian kewangan besar dan kecil setiap rakyat Malaysia.

“Dengan sokongan tenaga kerja berbakat yang terdiri daripada lebih 95% rakyat Malaysia, GXBank maju ke hadapan dalam menangani keperluan kewangan sebenar setiap rakyat Malaysia. Malah, melalui inisiatif inklusi kewangan,, Impian Gigih, GXBank menyediakan biasiswa kepada 1,200 penerima di Kelantan dan Johor. Justeru menerusi GX Untuk Semua, kepakaran dan sumber manusia GXBank memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam era ekonomi digital.”

Mencorakkan Semula Teknologi dan Bakat untuk Pembangunan Negara
Dengan kebanyakan syarikat di seluruh dunia menyesuaikan tenaga kerja mereka dengan perkembangan teknologi pesat, ada yang melihat keperluan untuk membezakan diri dengan menawarkan jawatan yang memerlukan pekerja meningkatkan kemahiran selaras dengan pertumbuhan kerjaya. Satu tinjauan oleh Gartner pada tahun 2021 ke atas eksekutif IT menunjukkan bahawa majoriti — 64% — percaya kekurangan bakat teknologi yang berterusan adalah halangan paling ketara terhadap penerimaan teknologi baharu. Justeru, mengenal pasti dan memupuk bakat yang tepat adalah penting untuk industri teknologi.

GX Untuk Semua menyasarkan untuk membantu membina saluran perhubungan ini dengan memupuk potensi masa depan melalui program awal kerjaya. Sehubungan itu, Datuk Zaiton berkata, GXBank sedang bekerjasama dengan universiti tempatan dan telah menyediakan Biasiswa Impian Gigih untuk memupuk bakat tempatan dan akan berkongsi lebih banyak usaha bersepadu di bawah setiap hab dalam beberapa bulan akan datang.

GXBank menerima sokongan lebih daripada 100,000 pengguna dalam dua minggu pertama sejak pelancarannya pada November 2023. Menjelang akhir Julai 2024, ia telah mencapai lebih 1,000,000 pelanggan yang telah membuat lebih 800,000 Saku Simpanan dan lebih 13 juta transaksi secara kolektif melalui Kad GX dan imbasan QR. Pertumbuhan ini memperlihatkan pilihan rakyat Malaysia terhadap digitalisasi perkhidmatan perbankan pada era ini dan kepercayaan mereka terhadap perbankan digital.

Buka Akaun GX hari ini, secepat 4 minit sahaja.

Sertai lebih daripada 1,000,000 rakyat Malaysia dan temui cara yang lebih bijak untuk menyimpan, membelanjakan, dan mengembangkan wang anda.