Diterbitkan pada: 24 Ogos 2024
Zurich Malaysia bekerjasama dengan GXBank untuk melancarkan produk perlindungan siber insurans digital
●
Produk baharu direka bagi melindungi rakyat Malaysia daripada kerugian kewangan akibat transaksi elektronik tanpa kebenaran
KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2024 – Susulan kerjasama bankansurans yang ditubuhkan pada Mei 2024,
Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich) dan
GXBank Berhad (GXBank) mengumumkan pelancaran
Cyber Fraud Protect yang ditawarkan dalam aplikasi GXBank dan dikuasakan oleh platform Zurich Edge. Produk insurans digital inovatif ini melindungi rakyat Malaysia daripada kerugian kewangan akibat pemindahan wang secara elektronik tanpa kebenaran oleh penjenayah siber atau mesej penipuan elektronik.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, rakyat Malaysia kerugian sebanyak RM1.6 bilion akibat penipuan dalam talian dalam tempoh 19 bulan, dari tahun lalu sehingga Julai 2024. Dengan pendigitalan yang terus membentuk tabiat penggunaan dan aktiviti kewangan kita, risiko penipuan dalam talian telah meningkat dengan ketara, menjadikan cabaran baru untuk pengguna dan masyarakat secara keseluruhan.
Cyber Fraud Protect menawarkan perlindungan untuk kerugian kewangan akibat pemindahan elektronik tanpa kebenaran dari mana-mana akaun bank tempatan, e-dompet, kad kredit atau debit, dan menyediakan perlindungan penting terhadap ancaman siber yang semakin meningkat ini.
Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Zurich Malaysia berkata, “Sejak Mei lalu, kami telah bekerjasama rapat dengan GXBank, memanfaatkan kepakaran pengurusan risiko dan keupayaan digital Zurich untuk melancarkan
Cyber Fraud Protect – penyelesaian insurans dalam talian yang inovatif untuk rakyat Malaysia.
Cyber Fraud Protect selaras dengan kempen jenama kami, ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ (Care For What Matters), dengan menyediakan perlindungan penting di dalam dunia yang semakin bergantung kepada digital. Kami yakin ia akan menawarkan rakyat Malaysia perlindungan yang diperlukan dalam landskap digital yang pesat berubah hari ini. Dalam merancang dan melancarkan produk ini, fokus utama kami adalah memastikan pengalaman pelanggan yang lancar dan positif, dan dengan platform Zurich Edge kami berupaya melakukannya, memberikan pembelian dalam aplikasi yang mudah dan lancar untuk pelanggan GXBank.”
Pei-Si Lai, Ketua Pegawai Eksekutif, GXBank berkata, “Sejak pelancaran kami, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan pengalaman perbankan digital terbaik sambil memastikan literasi kewangan, akses (kepada perkhidmatan kewangan) dan keselamatan kepada rakyat Malaysia.
Cyber Fraud Protect yang dicipta bersama dengan Zurich, i adalah unik dan buat kini, satu-satu seumpamanya. Ia bukan sahaja menawarkan jumlah perlindungan tinggi sehingga RM20,000 terhadap kerugian akibat transaksi tanpa kebenaran daripada jenayah siber, tetapi juga perlindungan yang merangkumi semua akaun bank tempatan, kad debit atau kredit dan e-dompet di luar ekosistem GXBank. Di samping itu, kerjasama kami juga akan menghasilkan pelbagai produk insurans pada masa hadapan. Ini selaras dengan misi berterusan kami untuk membina daya tahan kewangan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia dari semua latar belakang.”
Sebagai sebahagian daripada pelancaran rasmi produk ini, kami telah menjemput panel pakar untuk berbincang mengenai isu yang amat membimbangkan berkaitan penipuan siber di Malaysia. Dikendalikan oleh Nazrudin Rahman, hos TV Malaysia terkenal yang juga merupakan seorang penulis, penerbit dan pelakon. Ahli panel termasuk ASP Rahmat Fitri Abdullah, Pengasas/Pengarah Rahmat Fitri Consultant Sdn Bhd; Ooi Jian Wei, Dekan Bersekutu dan Pensyarah di Jabatan Sains Sosial, Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT); Vincent Mok, Ketua Pegawai Risiko GXBank; dan Evelyn Ng, Timbalan Ketua Pegawai Tuntutan (Harta & Kemalangan) Zurich Malaysia.
Lindungi Diri Anda Sekarang dengan Cyber Fraud Protect
Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan
Cyber Fraud Protect boleh melakukannya dengan mudah melalui aplikasi mudah alih GXBank dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1.
Pilih Pelan Perlindungan: Pilih daripada tiga pilihan perlindungan – Basic (RM1/sebulan), Plus
(RM2/sebulan), atau Pro (RM4/sebulan) – secara terus dalam aplikasi mudah alih GXBank, dan
klik “Get Protected Now”.
2.
Masukkan Butiran dan Sahkan: Sahkan alamat e-mel anda untuk memastikan penerimaan semua komunikasi berkaitan polisi yang penting, dan sahkan butiran pelan yang dipilih, termasuk terma perlindungan dan butiran premium.
3.
Luluskan dan Aktifkan: Luluskan transaksi menerusi GXSecure, dan polisi insurans anda akan diaktifkan serta-merta. Butiran perlindungan akan tersedia dalam aplikasi dan sijil insurans akan dihantar melalui e-mel. Premium bulanan kemudiannya akan ditolak secara automatik dari akaun GXBank anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai Cyber Fraud Protect, sila layari laman rasmi di sini (
https://gxbank.my/cyberfraudprotect) untuk butiran tambahan.