Diterbitkan pada: 18 September 2025

Perbankan Bisnes Yang Pertama Seumpamanya di Malaysia – GXBank Menyediakan Pembiayaan yang Mudah Diakses dan Fleksibel untuk PMKS


Program Jaguh Niaga GXBank bertujuan memperkasa 10,000 PMKS melalui penyelesaian digital untuk memacu pertumbuhan dengan yakin


PETALING JAYA, 18 September 2025 – GX Bank Berhad (GXBank) telah melancarkan kemudahan perbankan perniagaan dan program perdana Jaguh Niaga, mengukuhkan lagi komitmennya menyokong segmen Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia.

Perbankan Bisnes GX, yang akan ditawarkan terlebih dahulu kepada perniagaan milikan tunggal, merupakan penyelesaian inovatif dan digital sepenuhnya yang direka khas untuk menangani cabaran utama perniagaan kecil. Ia memudahkan proses dan akses kewangan, di samping menawarkan penjimatan untuk kedua-dua akaun semasa dan penyelesaian pinjaman mereka.



Perbankan Bisnes GX menawarkan dua produk utama:

Akaun GX Biz – Akaun perniagaan digital sepenuhnya yang boleh dibuka kurang daripada 8 minit melalui aplikasi, tanpa memerlukan dokumen fizikal. Pemilik perniagaan menikmati faedah harian 1% setahun (tambahan faedah bonus sehingga 1.5% setahun untuk rakan kongsi ekosistem GXBank), tiada yuran bulanan, tiada syarat baki minimum, dan sokongan pelanggan 24/7 - ini menawarkan cara yang mudah, telus dan boleh dipercayai untuk mengurus pertumbuhan perniagaan.

GX Biz FlexiLoanAkses segera kepada modal pertumbuhan sehingga RM150,000 (tertakluk kepada syarat kelayakan dan penilaian kredit) dengan kelulusan sepantas beberapa minit, tiada caj tersembunyi untuk permohonan atau penggunaan pinjaman, dan manfaat faedah berdasarkan baki harian (daily rest interest), di mana anda menjimatkan faedah apabila menyelesaikan pinjaman lebih awal.*


*Nota: Faedah baki harian (daily rest interest) dikira berdasarkan baki pinjaman tertunggak pada akhir setiap hari. Ini bermakna sebarang bayaran yang dibuat, sama ada ansuran tetap atau pengurangan prinsipal tambahan, akan mengurangkan faedah yang dikenakan bermula dari hari berikutnya.



Tambahan juga, seiring dengan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, aspirasi kebangsaan GXBank, Jaguh Niaga bertujuan memperkasakan 10,000 PMKS untuk berkembang maju dalam ekonomi berteraskan digital. Program ini akan menyediakan pembiayaan inklusif (melalui Perbankan Bisnes GX) dan akses kepada rangkaian penyelesaian digital yang sesuai untuk membantu perniagaan tempatan berkembang.

Ini termasuk mengembangkan pangkalan pelanggan mereka melalui platform Grab; penyelesaian pengurusan HR; dan pembayaran digital, melalui perkongsian dengan syarikat tempatan yang dipilih teliti, termasuk syarikat perintis dari program TeXnovasi GXBank seperti du-it, Swipey dan PulseLink.

"Kami menguji Perbankan Bisnes GX dengan rakan niaga Grab, dan maklum balas serta respons mereka amat memberangsangkan, terutamanya mengenai kemudahan yang tiada tandingan dan penjimatan tambahan. Mereka menghargai kelulusan pinjaman perniagaan yang amat singkat, dalam beberapa minit sahaja, dan akses segera kepada tunai. Seperti perbankan runcit kami, pemilik perniagaan juga akan memperolehi faedah harian untuk Akaun GX Biz mereka. Bagi GX Biz FlexiLoan, mereka boleh memilih tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 3 tahun tanpa penalti untuk penyelesaian awal, dan juga menikmati penjimatan caj faedah atas pembayaran balik pinjaman mereka. Selain itu, maklum balas mereka menjadi panduan untuk memperhalus produk kami - daripada menambah baik model kredit kami, kepada kelajuan kelulusan dan pencegahan penipuan data," kata Prasanna Rao, Ketua Pegawai Komersial (PKS), GXBank.

"Selaras dengan misi kami untuk membantu komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, Perbankan Bisnes GX dan Program Jaguh Niaga bukan sahaja menetapkan penanda aras baharu untuk industri perbankan, tetapi juga mencerminkan iltizam kami kepada segmen PMKS yang menggerakkan lebih daripada 95% ekonomi negara. Perbankan tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada pertumbuhan, malah kami ingin mencorak semula lanskap perbankan melalui teknologi dan kerjasama dengan rakan kongsi yang menawarkan penyelesaian intuitif dan berkongsi semangat kami untuk membantu usahawan menjimatkan masa dan wang. Matlamat utama Jaguh Niaga adalah membantu mereka menjadi jaguh dalam bidang mereka," tambah Hildah Hamzah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi, GXBank.

Naim Zahrul, pemilik Smashey's Gourmet, salah seorang rakan Grab dan perintis Perbankan Bisnes GX, berkongsi, "Perbankan Bisnes GX terasa dibina khas untuk usahawan seperti saya—praktikal, mesra pengguna, dan fleksibel dari segi kewangan. Ia mengurangkan tekanan mengurus pembelian inventori dan beban faedah bulanan. Proses menyeluruh mendaftar, memohon GX FlexiLoan, dan membuat pembayaran balik berjalan lancar. Ini memberikan saya lebih masa untuk fokus kepada perniagaan dan menyediakan burger lazat untuk pelanggan saya!"

Pemilik tunggal warganegara Malaysia kini boleh mendaftar untuk Perbankan Bisnes GX dengan memuat turun aplikasi GXBank dari Google Play Store atau Apple App Store.

Klik DI SINI untuk maklumat lanjut mengenai Perbankan Bisnes GX dan SINI untuk Jaguh Niaga.

Buka Akaun GX dan mohon FlexiCredit sekarang.

Semua dalam beberapa minit. Buka akaun dan mohon kredit, bila-bila, di mana-mana.