Diterbitkan pada: 20 Mac 2024
Misi GXBank Direalisasikan Melalui ‘Impian GIGih’
●
Impian GIGih memacu keterangkuman dan kecelikan kewangan bagi pekerja gig dan segmen B40
●
Kerjasama dengan rakan kongsi perintis, GoBarakah dan MYDIN, untuk memacu ‘Impian GIGih’ secara maya dan fizikal
●
Singgah Di Semua - Acara Kecelikan Kewangan bersempena dengan Ramadan
PETALING JAYA, 20 Mac 2024 - GX Bank Berhad (GXBank) melancarkan ‘Impian GIGih’, manifestasi misi bank untuk memacu rangkuman dan kecelikan kewangan bagi memperkasakan segmen masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan.
Pei Si Lai, Ketua Pegawai Eksekutif, GXBank menyatakan bahawa misi bank untuk keterangkuman kewangan
sebati dengan etos dan operasi bank sejak awal penubuhannya. “Sebagai sebuah bank digital Malaysia, bank kami berakar umbi dari misi kami. Mengimbas kembali selepas kami beroperasi selama 100 hari, kami amat rendah diri dan menghargai sokongan rakyat Malaysia dan rakan-rakan kongsi kami - ini memberi kami inspirasi dan dorongan untuk memperkenalkan produk baharu dan menambah baik aplikasi GX, seperti pembayaran QR dan ketersediaan versi Bahasa Melayu. Ini
selaras dengan objektif kami, untuk memperluaskan akses perkhidmatan kewangan terutamanya kepada golongan yang memerlukannya.”.”
Selari dengan Pei Si,
Ketua Turus , Hildah Hamzah, menjelaskan prinsip-prinsip yang memacu teras GXBank. “Kami ingin
membantu rakyat Malaysia berkembang dan maju melalui perkhidmatan kewangan yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan kami. Kami akan melakukannya melalui penyediaan perkhidmatan yang berasaskan teknologi
untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah kewangan mereka. Misi kami adalah untuk menjadi perantara dan menyokong impian mereka untuk mencapai matlamat kewangan mereka.”
Impian GIGih mencerminkan komitmen teguh GXBank untuk mengukuhkan daya tahan kewangan Malaysia, terutama dalam keadaan ekonomi masa hadapan yang tidak menentu. Dengan tumpuan kepada
pekerja gig dan segmen B40, GXBank akan memanfaatkan potensi teknologi dan data untuk memudahkan
mobiliti sosial antara generasi melalui tiga asas utama:
●
Meningkatkan Kesejahteraan Kewangan: Menyediakan akses yang saksama dan inklusif kepada perkhidmatan kewangan yang disesuaikan dengan keperluan mereka
●
Memastikan Akses kepada Pendidikan: Meringankan kos pendidikan anak-anak mereka supaya dapat memajukan diri tanpa rasa bimbang
●
Menggalakkan Kecelikan Kewangan: Memperkasakan rakyat Malaysia untuk membuat keputusan dan perancangan kewangan berasaskan maklumat untuk diri mereka dan keluarga.
Usaha awal
Impian GIGihtelah berlangsung pada akhir bulan Februari, ketika ibu bapa sibuk membuat persiapan untuk hari pertama persekolahan anak-anak mereka. Bersama dengan
rakan-rakan perintis, MYDIN dan GoBarakah, GXBank mengagihkan bantuan kewangan secara maya dan fizikal kepada mereka yang paling memerlukannya.
500 kit kembali ke sekolah telah diedarkan kepada anak-anak dari keluarga B40 dan pemandu Grab di Kelantan dan Johor Bahru.
Untuk memperluas sokongan mayanya, GXBank bekerjasama dengan GoBarakah untuk
menyediakan e-baucar kepada penerima manfaat yang berdaftar melalui platform tersebut. e-Baucar boleh digunakan untuk membeli keperluan sekolah sepanjang tahun di vendor-vendor terpilih di seluruh negara.
Berdasarkan landskap ekonomi negara dan pasaran pekerjaan yang tidak menentu, ramai individu yang berusia antara 25 hingga 44 tahun telah memilih pekerjaan gig, sama ada sebagai batu loncatan atau pekerjaan tetap.[ Gig Economy Continues to Grow Despite Normalisation of Household: MDEC, Dec 2023] Pendapatan yang turun naik, rintangan proses perbankan semasa, serta kekurangan perlindungan sosial dan sokongan kewangan daripada kebanyakan platform gig, sering kali menyebabkan pekerja gig menjadi golongan yang mudah terjejas dari segi kewangan. Peningkatan kos sara hidup dan pendidikan juga menyukarkan lagi keupayaan mereka untuk merancang kewangan diri mereka sendiri, keluarga dan keperluan pendidikan anak-anak.
GXBank merancang untuk memperluas inisiatif kembali ke sekolah dengan menawarkan biasiswa pendidikan tinggi kepada anak-anak pekerja gig dan ibu bapa B40, dan memberi
kuasa transformatif celik huruf untuk memecahkan kitaran kemiskinan. “Pendidikan mampu mempengaruhi masa depan mereka. Dengan memperkasakan mereka dengan maklumat dan produk kewangan yang betul, ibu bapa dapat menjamin masa depan anak-anak mereka tanpa beban kewangan tambahan. Rangkaian rakan kongsi kami seperti GoBarakah dan MYDIN dapat membantu kami mempertingkatkan usaha kami
secara jitu dan mampan,” jelas Pei Si lagi.
Untuk menyampaikan misi Bank dengan lebih jelas, GXBank telah memperkenalkan video
Sepoket Impian yang dibintangi oleh Johan. Video ini mengisahkan kekecewaan seorang bapa yang terbeban dengan situasi kewangannya, impian anak lelakinya yang tidak kesampaian, dan bagaimana Johan menyatukan aspirasi mereka serta membantu mereka melakar masa depan baharu. Klik
DISINI untuk menonton video tersebut.
Singgah di Semua Bersama GXBank
Bersempena dengan bulan Ramadan dan sejajar dengan komitmen Bank untuk mempertingkatkan kecelikan kewangan, GXBank bersama-sama dengan rakan-rakan kongsi
Euronet, Idemia, Mastercard, Onfido dan PayNet menjemput rakyat Malaysia ke
Singgah di Semua dan berbuka bersama pada 23 Mac 2024, dari jam 2:00 petang hingga 7:00 malam. Beberapa sorotan utama yang boleh dinantikan para hadirin termasuk:
●
Temu bual interaktif untuk lebih memahami konsep bank digital dan bagaimana bank digital memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia,
●
Kunjungi kedai “viral” GXBank untuk menyokong usahawan tempatan, dan
●
Menyertai pelbagai aktiviti untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.
Untuk maklumat lanjut mengenai
Singgah di Semua, sila layari
Instagram atau ikuti GXBank di laman sosial.
Lampiran: Petikan daripada Rakan Kongsi
Azrin Ajib, Pengasas Bersama, GoBarakah
“Kerjasama kami dengan GXBank sejajar dengan tujuan platform kami - menggunakan teknologi untuk impak kolektif melalui kerjasama dengan pelbagai organisasi untuk mengalirkan sumbangan awam dan korporat kepada segmen B40, OKU dan golongan asnaf dalam masyarakat kita. Kita akan lebih maju ke arah membentuk masyarakat madani apabila kita menyokong golongan rentan secara kolektif, dengan agenda tunggal untuk meningkatkan taraf hidup mereka. GoBarakah adalah platform tunjang bagi bantuan sosial yang berkesan, melaksanakan akauntabiliti dan ketelusan untuk semua pihak berkepentingan dalam memastikan bantuan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.”
Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan, MYDIN
“Kebajikan dan mata pencarian rakyat Malaysia sentiasa menjadi tumpuan kepada cara kami mengendalikan perniagaan kami. MYDIN telah beroperasi lebih daripada enam dekad dan telah mengharungi pelbagai cabaran sosioekonomi, justeru kami memahami kesusahan yang dihadapi rakyat Malaysia termasuk golongan peniaga. Perkara inilah yang mendorong komitmen berterusan kami dalam mengutamakan pelanggan melebihi keuntungan, dan menyediakan harga kompetitif untuk orang ramai. Kami berasa bangga untuk bekerjasama dengan GXBank, bukan sahaja untuk menyokong dan menjaga keperluan golongan yang kurang mendapat perkhidmatan, tetapi juga menyumbang kepada penambahbaikan kecelikan kewangan generasi akan datang, ke arah membina daya tahan kewangan mereka.”