Diterbitkan pada: 14 November 2023
GXBank Lancar Aplikasi Bank Beta
●
Aplikasi Beta tersedia untuk 20 ribu pengguna Malaysia terpilih bagi mendapatkan maklum balas awal pengguna
●
Pengguna boleh membuka satu Akaun Simpanan GXBank untuk memperoleh faedah harian sehingga 3% setiap tahun dan 10 “Pockets” untuk menyimpan bagi mencapai pelbagai impian dan matlamat kehidupan mereka
●
Deposit dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit dan dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia, sekaligus memenuhi piawaian pengawalseliaan yang diperlukan
PETALING JAYA, 14 November 2023 - GX Bank Berhad (GXBank) secara rasminya melancarkan aplikasi betanya kepada 20,000 pengguna rakyat Malaysia terpilih bermula 14 November 2023. Pelancaran ini adalah susulan kejayaan menguji aplikasi beta dalam kalangan pekerjanya termasuk rakan kongsi mereka.
Sebagai bank digital pertama yang memulakan operasi di Malaysia, Aplikasi GXBank menawarkan
muka navigasi yang mudah dan pada masa yang sama, masih inovatif, serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan untuk memastikan kepercayaan dan keselamatan wang dan data pengguna terjamin. Aplikasi ini telah diteliti dan dinilai oleh
Bank Negara Malaysia, untuk menjamin aplikasi GXBank selaras dengan keperluan teknikal bank digital yang mengutamakan keselamatan dan sekuriti data dan dana para pengguna.
Fadrizul Hasani, Ketua Pegawai Teknologi GXBank, menjelaskan bahawa aplikasi beta ini ialah hasil kerjasama di antara syarikat dan pelbagai pasukan. “Kami memanfaatkan gabungan pembelajaran daripada GXS, timbunan teknologi (techstack) Grab dan pengalaman mereka yang mendalam tentang cara beribu-ribu rakyat Malaysia berurus niaga di aplikasi Grab. Dengan sokongan dan pengetahuan mereka, kami telah membina aplikasi perbankan digital yang mudah, lancar dan selamat. Tambahan lagi, ia bersesuaian dengan setiap telefon mudah alih yang dilengkapi dengan sistem operasi yang terkini. Ini membolehkan kami menawarkan perkhidmatan perbankan digital kepada pengguna dari semua lapisan keupayaan kewangan dan pemahaman teknologi.”
Membantu Rakyat Malaysia Mencapai Matlamat Menabung
Semasa fasa ujian beta, para pengguna boleh membuka Akaun Simpanan GXBank dan mewujudkan sehingga 10
“Pockets.”
"Pockets" ialah satu ciri untuk mencapai matlamat simpanan, justeru
menggalakkan pengguna memupuk amalan menabung bagi keperluan dan impian tertentu. Pengguna boleh menyimpan untuk pelbagai tujuan seperti pelan persaraan, percutian yang akan datang malah juga untuk rumah baharu. Wang yang diletakkan dalam "Pockets" akan
memperoleh faedah harian sehingga 3% setiap tahun, dan pengguna boleh memantau kemajuan simpanan mereka serta menerima panduan secara berkala untuk mempercepatkan pencapaian matlamat simpanan mereka.
Selain
dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia, GXBank juga melindungi dan membolehkan pengguna meraih ketenangan fikiran dengan:
●
Memastikan semua deposit dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit,
●
Membolehkan pengguna mengunci dan memastikan keselamatan akaun mereka jika mereka melihat apa-apa transaksi penipuan atau transaksi yang tidak sah, dan
●
Mengehadkan perbelanjaan harian untuk membantu pengguna agar tidak berbelanja secara berlebihan.
Manfaat lain untuk para pengguna termasuk:
●
Pulangan tunai RM20 untuk deposit minimum pertama RM100
●
Pengecualian yuran pemprosesan RM1 untuk pengeluaran tunai di mesin juruwang automatik (ATM) MEPS di seluruh negara (akan datang)
●
Pulangan tunai tanpa had untuk setiap perbelanjaan dengan kad debit (akan datang)
Ketua Pegawai Eksekutif GXBank, Pei Si Lai berkata bahawa pelbagai penawaran ini hanyalah permulaan bagi rangkaian keseluruhan perkhidmatan kewangan, produk dan manfaat yang disediakan oleh GXBank untuk
membantu rakyat Malaysia mencapai dan memperoleh semula kebebasan dan matlamat kewangan mereka. “Sementara kami terus menguji kestabilan aplikasi kami dan mengumpul maklum balas daripada pengguna, kami berharap dapat membangunkan aplikasi perbankan digital yang disesuaikan secara unik dengan keperluan kewangan rakyat Malaysia daripada semua lapisan generasi. Sebagai sebuah bank yang sebahagian besarnya dibina oleh rakyat Malaysia, kami berada dalam kedudukan yang unik untuk memahami dan membangunkan penyelesaian kewangan yang menangani keperluan dan cabaran rakyat di Malaysia. Kami kini selangkah lebih dekat dengan wawasan negara kita, iaitu sebuah negara yang berdaya tahan dari segi kewangan yang membolehkan rakyat Malaysia mempunyai akses yang saksama kepada produk kewangan yang memenuhi keperluan individu mereka, tanpa kekaburan, kertas kerja, proses dan istilah yang merumitkan,” kata Pei Si.
“Kami amat berbesar hati diberi kepercayaan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia mencapai impian kewangan mereka, tanpa mengira besar atau kecil impian tersebut. Semuanya hanya dengan beberapa sentuhan mudah pada peranti mudah alih mereka,” tambahnya lagi.
Daftar and buka akaun untuk mula menabung dalam beberapa minit
GXBank menyediakan proses
eKYC (Kenali Pelanggan Anda secara elektronik) dan proses persediaan akaun yang lancar dan tanpa kerumitan bagi penggunanya. Untuk membuka akaun, pengguna perlu mengikuti empat langkah mudah yang berikut:
1.
Muat turun aplikasi di Gedung Google Play atau Apple App Store
2.
Muat naik salinan digital kad pengenalan Malaysia (MyKad)
3.
Lengkapkan proses eKYC seperti yang dinyatakan dalam aplikasi
4.
Tambah minimum RM10 ke dalam akaun simpanan dan sediakan “Pockets” (jika anda mahu)
Bagi pengguna Grab sedia ada, aplikasi GXBank boleh diakses melalui Aplikasi Grab.
Rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada fasa ujian yang berikut boleh mendaftar di
sini.