Diterbitkan pada: 5 September 2023

GXBank, Bank Digital Pertama Di Malaysia Yang Diterajui Grab Dapat Kelulusan Bank Negara Malaysia Untuk Mulakan Operasi


GXBank, pemegang lesen bank digital pertama yang akan memulakan operasi perbankan bersedia untuk membawa pembaharuan ke industri kewangan bagi segmen yang tidak atau kurang mendapat perkhidmatan kewangan

Diterajui oleh Pei Si Lai, dengan sokongan kakitangan tempatan dan Lembaga Pengarah serba berpengalaman yang dipengerusi oleh Datuk Zaiton Mohd Hassan.

●Ujian beta akan bermula dalam masa terdekat, bermula dengan kakitangan GXBank, Grab dan Kuok, sebelum diperluaskan kepada khalayak ramai secara berperingkat.



KUALA LUMPUR, 5 September 2023 - Bank digital yang diterajui oleh Grab, GX Bank Berhad (GXBank), merupakan bank digital yang pertama di kalangan lima pemegang lesen bank digital yang diberi kelulusan untuk beroperasi oleh Menteri Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mendahului dari tarikh akhir April 2024 yang ditetapkan oleh BNM. GXBank yang berjaya menyempurnakan tinjauan kesediaan operasi telah diberi kelulusan untuk memulakan operasi perbankan pada 1 September 2023.

GXBank akan menggunakan teknologi dan inovasi untuk menyediakan perkhidmatan kepada individu dari segmen yang tidak atau kurang mendapat perkhidmatan kewangan., serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME). Di samping itu, bank yang hanya beroperasi secara digital ini juga akan memenuhi keperluan pelanggan menerusi pelbagai rangkaian perkhidmatan termasuklah aplikasi perbankan dan sokongan pelanggan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu melalui pelbagai platform.

Usaha rakyat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang mempunyai daya ketahanan kewangan

Kekurangan akses kepada perkhidmatan kewangan, terutama terhadap segmen yang tidak atau kurang mendapat perkhidmatan kewangan serta MSME bukanlah situasi baru. Kerumitan akses dan proses kewangan yang berlarutan, ditambah pula dengan pengalaman sejak beberapa tahun yang lalu, telah menjejaskan penampanan kewangan bagi individu, isi rumah dan perniagaan. Sejak bermulanya pandemik, pendapatan isi rumah 55% rakyat Malaysia telah mengalami pengurangan yang mendadak , sehingga hampir 50% kini mendakwa bahawa agak susah untuk mereka memperuntukkan sebanyak RM1,000 sekalipun sebagai dana kecemasan.

Dengan lebih daripada 95% kakitangan rakyat Malaysia dari sektor teknologi dan perbankan, GXBank diterajui oleh Pei Si Lai yang mempunyai pengalaman luas selama lebih dari 25 tahun dalam bidang perbankan. Kakitangan yang lebih daripada 200 profesional yakin bahawa gabungan teknologi terkini dan kepakaran perbankan akan mewujudkan platform yang dapat memperkasakan komuniti dan perusahaan tempatan supaya mereka mempunyai daya ketahanan kewangan.

“Di GXBank, objektif kami adalah untuk membawakan transformasi positif dalam industri kewangan, bermula dengan membantu masalah kewangan yang dihadapi oleh masyarakat umum dan perniagaan di Malaysia. Kami berterima kasih atas panduan, sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh BNM kepada kami untuk menawarkan perhidmatan perbankan dan membantu komuniti yang tidak atau kurang mendapat perkhidmatan kewangan dalam mencapai impian mereka dan supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Berasaskan legasi teknologi inovatif dari Grab, kami berharap untuk membawa inovasi dalam sektor perbankan di Malaysia. Dengan menggunakan ekosistem konsortium kami seperti Kumpulan Kuok beserta rakan industri lain membolehkan kami berusaha membina Malaysia yang mempunyai ketahanan dan rangkuman kewangan yang menyeluruh.,” kata Pei Si Lai, Ketua Pegawai Eksekutif, GX Bank Berhad.


Pei Si Lai

Datuk Zaiton Mohd Hassan


GXBank dibawah panduan Lembaga Pengarah, yang dipengerusikan oleh Datuk Zaiton Mohd Hassan yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam bidang perbankan, audit, pengurusan risiko serta tertumpu kepada tadbir urus dan keterangkuman kewangan. Peranan beliau dalam pelbagai organisasi yang bukan berasaskan keuntungan dan bank-bank tempatan mencerminkan minat beliau yang mendalam ke arah pembangunan dan penggalakan pertumbuhan mampan bagi golongan yang kurang diberi perhatian dari segi kewangan.

Seperti Pei Si, Datuk Zaiton juga berkongsi hasrat sebagai lembaga pengarah untuk menjadi sebahagian didalam misi GXBank untuk memacu perubahan dan pembaharuan dalam sektor kewangan di Malaysia. “Dengan keteguhan rakan konsortium kami dan bank-bank digital di Singapura dan Indonesia, GXBank bersedia untuk menawarkan akses kepada perbankan inovatif dan transformasi. Harapan kami ialah rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang berdikari dari segi kewangan, untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah bagi diri mereka sendiri, keluarga dan negara,” ujar Datuk Zaiton.

Pada peringkat awal operasi, GXBanki akan melaksanakan ujian beta secara berperingkat bagi aplikasinya – yang akan dimulakan dengan kakitangan GXBank, Grab dan Kuok Group, dan kemudiannya diperluaskan kepada kumpulan pengguna yang lebih besar. Ini akan membolehkan GXBank menerima maklum balas dan memperhaluskan pengalaman pengguna secara berterusan sebelum melancarkannya kepada khalayak ramai.

GXBank merupakan subsidiari GXS Bank Pte. Ltd., - usaha sama bank digital antara Grab Holdings Limited dan Singapore Telecommunications Limited (Singtel) - dan konsortium pelabur Malaysia yang lain, termasuk Kumpulan Kuok.

Buka Akaun GX hari ini, secepat 4 minit sahaja.

Sertai lebih daripada 1,000,000 rakyat Malaysia dan temui cara yang lebih bijak untuk menyimpan, membelanjakan, dan mengembangkan wang anda.