Akaun Faedah Harian
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Modal Segera dan Fleksibel
*Tertakluk kepada syarat kelayakan.
GXBank adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
Deposit dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
Bantuan yang anda boleh nikmati
Berbilang bahasa. Bila-bila masa, di mana sahaja dengan sembang langsung melalui aplikasi, e-mel, dan telefon.
Daftar hari ini sertai untuk GX Business Banking dengan mudah dan cepat.
LANGKAH 1
Pilih Business untuk buka GX Biz Akaun atau mohon pinjaman kredit dengan GX Biz FlexiLoan.
Nota: Ketersediaan GX Biz FlexiLoan tertakluk kepada syarat kelayakan.
LANGKAH 2
Daftarkan maklumat perniagaan anda dan lengkapkan langkah pengesahan dengan cepat. Ingat, semuanya di hujung jari. Tidak perlu ke cawangan fizikal, tidak perlu beratur!
LANGKAH 3
Masukkan deposit pertama untuk mengaktifkan akaun anda untuk menikmati ciri-ciri dan manfaat eksklusif
LANGKAH 4
Semua telah tersedia! Luangkan lebih masa untuk mengembangkan perniagaan anda dan bukan terikat dengan proses urusan perbankan.
Kriteria Kelayakan
Anda belum layak? Muat turun aplikasi dan sertai senarai menunggu kami!
GX Biz Akaun adalah akaun deposit perniagaan yang direka khas untuk memudahkan transaksi harian perniagaan anda. Setelah GX Biz Akaun anda diaktifkan, anda akan menerima 13-digit nombor akaun. Sebarang wang yang diterima melalui nombor GX Biz Akaun anda akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun anda.
Nikmati kadar faedah keseluruhan sebanyak 2.5% setahun untuk baki dalam GX Biz Akaun yang anda telah buka.
Berikut adalah butiran:
Ya, baki akaun anda mesti mencukupi untuk menjana faedah sekurang-kurangnya RM0.01 dalam GX Biz Akaun anda. Jika pengiraan faedah harian kurang daripada RM0.01, faedah ini tidak akan dikreditkan ke Akaun Prinsipal anda.
Anda hanya memerlukan MyKad dan Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) semasa proses pendaftaran.
Walau bagaimanapun, dokumen tambahan akan diminta oleh GXBank sekiranya diperlukan.
Proses pembukaan GX Biz Akaun hanya mengambil masa beberapa minit.
Namun, proses ini mungkin berbeza bergantung kepada kestabilan internet atau keperluan untuk pengesahan tambahan oleh GXBank.
GX Biz FlexiLoan adalah had kredit pusingan di mana pelanggan GX Business Banking akan diberikan had kredit yang boleh digunakan untuk membuat pengeluaran, selagi ia berada dalam lingkungan had kredit yang ditetapkan.
Apa itu had kredit pusingan?
Apa yang menarik tentang GX Biz FlexiLoan?
Anda tidak akan dikenakan faedah atau caj sekiranya tidak menggunakan atau membuat pengeluaran daripada had kredit yang diberikan.
Anda boleh membuat pengeluaran sebanyak yang diperlukan, sehingga maksimum 10 kali, selagi anda berada dalam had kredit anda dan tidak mempunyai bayaran tertunggak melebihi 15 hari.
Berikut adalah beberapa faktor mengapa anda tidak dapat membuat pinjaman baharu:
Wang tunai akan tersedia serta-merta selepas pengeluaran.
Untuk Soalan Lazim (FAQ) penuh dan terperinci, klik di sini.
Daftar dalam beberapa minit. Tanpa kertas kerja, tanpa ke cawangan.
Muat Turun Sekarang