

Kempen ini memberi anda peluang untuk mendapatkan pulangan tunai 100% untuk FlexiCredit melalui ganjaran tunai yang bersamaan dengan nilai pinjaman anda. Ganjaran tunai ini terhad kepada RM50,000.
Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan individu GXBank yang mempunyai akaun simpanan (Akaun GX) dan had kredit *FlexiCredit yang aktif dengan GXBank. Pekerja tetap GXBank TIDAK layak untuk menyertai kempen ini.
*FlexiCredit tertakluk kepada syarat kelayakan.
Anda boleh mengumpul peluang untuk memenangi pulangan tunai yang bersamaan dengan nilai pinjaman FlexiCredit anda apabila anda membuat keluaran pinjaman daripada had kredit FlexiCredit dalam tempoh kempen (2 Mac – 30 April 2026).
Untuk dapatkan peluang:
(1) Keluarkan pinjaman berjumlah RM1,000 atau lebih
(2) Rujuk rakan ke FlexiCredit
(3) Perbaharui insurans kereta dengan FlexiCredit
Jumlah peluang akan dikumpul berdasarkan jumlah nilai pinjaman (BUKAN bilangan transaksi pinjaman) yang dikeluarkan sepanjang tempoh kempen — jadi, lebih tinggi nilai pengeluaran pinjaman anda, lebih tinggi peluang anda untuk menang! Tiada had untuk jumlah peluang yang boleh dikumpul oleh pelanggan.
Seorang (1) pemenang akan dipilih secara rawak daripada kumpulan peluang pada akhir setiap minggu kempen. Terdapat sembilan (9) minggu kempen secara keseluruhan:
● Minggu 1: 2 Mac - 8 Mac 2026
● Minggu 2: 9 Mac - 15 Mac 2026
● Minggu 3: 16 Mac - 22 Mac 2026
● Minggu 4: 23 Mac - 29 Mac 2026
● Minggu 5: 30 Mac - 5 April 2026
● Minggu 6: 6 April - 12 April 2026
● Minggu 7: 13 April - 19 April 2026
● Minggu 8: 20 April - 26 April 2026
● Minggu 9: 27 April - 30 April 2026
Jika anda terpilih sebagai pemenang mingguan:
• Anda akan dihubungi oleh GXBank melalui talian 03-7498 3188 untuk proses pengesahan. Untuk menerima ganjaran tunai, anda wajib menjawab satu soalan mudah berkaitan GXBank dengan betul.
• Setelah pengesahan berjaya, ganjaran tunai akan dikreditkan ke dalam Akaun GX pemenang dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja.
• Pulangan tunai hanya diberikan untuk transaksi pinjaman yang menang sahaja (terhad kepada RM50,000). Gabungan beberapa pinjaman tidak layak untuk ganjaran pukal; hanya transaksi pinjaman khusus yang terpilih sebagai pinjaman yang menang sahaja akan mendapat pulangan tunai 100%.