Keselamatan adalah paling penting.

Atas sebab itu, kami telah melaksanakan keupayaan pemantauan keselamatan dan penipuan yang kukuh untuk memastikan anda dan wang anda dilindungi.

Bagaimana kami memastikan wang anda selamat

Satu pengguna, satu peranti
Pengesanan masa nyata dan pencegahan akses penipuan dengan tempoh bertenang untuk aktiviti berisiko tinggi.
Nyah-kunci oleh anda
Pengesahan biometrik untuk mengakses aplikasi anda dengan selamat, dengan lapisan keselamatan tambahan untuk semua transaksi berisiko tinggi.
GXSecure
Cara yang lebih selamat dan cepat untuk meluluskan semua transaksi pada aplikasi menggunakan pengesahan selamat (kelulusan sekali ketik).
Kunci akaun anda
Mengesyaki transaksi yang tidak dibenarkan oleh anda? Kawal semula dan selamatkan akaun anda dengan kadar segera terus dari telefon anda. Pasukan khidmat pelanggan kami yang beroperasi 24/7 akan menghubungi anda dengan serta-merta.
Kawalan kad
Bekukan atau nyahbekukan kad anda serta-merta, sama ada ia telah dicuri atau hilang untuk mengelakkan transaksi yang tidak dibenarkan oleh anda.
Di sebalik tabir
Langkah-langkah keselamatan seperti had masa sesi dinamik dan pemantauan penipuan sentiasa beroperasi di latar belakang untuk menjamin keselamatan akaun anda.​

Tetapi ia juga merupakan usaha berpasukan – jom gabung usaha bersama kami.

Sentiasa muat turun aplikasi GXBank yang rasmi
daripada Apple App Store / Google Play Store. Berhati-hati dengan skim penipuan yang memperdaya mangsa untuk memuat turun aplikasi (fail APK) daripada sumber yang tidak diketahui.
Pastikan maklumat perbankan anda selamat
Tiada siapa yang boleh meminta anda mendedahkan maklumat perbankan peribadi seperti ID pengguna, PIN, kata laluan, OTP atau nombor akaun, termasuk dari kami sendiri. Pertimbangkan untuk mengemas kini kata laluan perbankan anda dengan kerap dan jangan sekali-kali berkongsi kata laluan tersebut dengan sesiapa pun.
Aktifkan notifikasi
Kami menghantar notifikasi tolak untuk semua urus niaga anda, supaya anda sentiasa dimaklumkan ke mana wang anda pergi dalam masa nyata.
Sahkan transaksi melalui One Time Password (OTP)
Mengesyaki transaksi yang tidak dibenarkan oleh anda? Kawal semula dan selamatkan akaun anda dengan kadar segera terus dari telefon anda. Kemudian hubungi khidmat pelanggan 24/7 kami dengan segera.
Berwaspada terhadap panggilan / e-mel yang tidak diminta
Penguatkuasa undang-undang atau mana-mana agensi kerajaan tidak akan sekali-kali menghubungi anda dengan nombor mudah alih atau e-mel dan meminta anda memindahkan dana atas alasan penyiasatan.
Cipta kata laluan yang kukuh
Elakkan daripada menggunakan perkataan atau frasa biasa dan jangan sekali-kali membuat kata laluan yang mengandungi butiran daripada nama, inisial atau tarikh lahir anda.

Masih tidak pasti?

WJangan risau! Kami akan membantu anda. Sembang langsung dengan khidmat pelanggan 24/7 kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang soalan tentang aktiviti akaun anda.

Kesedaran penipuan

Selalu kemaskini pengetahuan anda tentang penipuan terkini dan umum.

Apa itu penipuan?

Penipuan ialah tindakan jenayah untuk menipu dan mengambil wang tunai anda – ia adalah transaksi yang anda tidak buat atau benarkan.

Apakah pancingan data?

Pancingan data ialah percubaan menipu untuk menipu pengguna supaya memberikan butiran peribadi atau maklumat sulit lain seperti OTP melalui e-mel, tapak web atau mesej lain yang menyamar sebagai institusi yang bereputasi.

Jenis-Jenis Penipuan

Penipuan Android Malware

Subset penipuan yang telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mengambil kesempatan daripada ledakan pembayaran digital dan e-dagang; modus operandi ini lebih canggih kerana ia memperdayakan mangsa untuk memuat turun aplikasi (atau fail APK) yang dicipta untuk tujuan penipuan. 

Beberapa contoh mangsa yang dijadikan sasaran termasuk mereka yang ingin membuat tempahan pembersihan domestik, membeli bekalan haiwan kesayangan, atau Pemasangan fail-fail ini melibatkan permintaan kebenaran yang tidak perlu yang boleh membolehkan kelayakan perbankan mangsa dikongsi tanpa kebenaran.

Penipuan pelaburan

Mangsa perlu memindahkan wang kononnya untuk pelaburan dengan perjanjian pulangan yang menarik. Atas permintaan untuk pengeluaran dana, mangsa diminta lebih banyak wang atau penipu tidak dapat dihubungi.

Penipuan Macau

Mangsa menerima panggilan individu yang menyamar sebagai pihak berkuasa i.e., pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM), atau Polis Diraja Malaysia (PDRM), atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN); menimbulkan ketakutan untuk memindahkan wang untuk menyelesaikan kes yang didakwa melibatkan mangsa.

Penipuan cinta

Penipu berhubung dengan mangsa menggunakan profil temu janji palsu atau media sosial, berpura-pura mencari hubungan romantis. Mereka mendapat kepercayaan mangsa dari semasa ke semasa dengan matlamat utama untuk memanipulasi sasaran untuk menghantar wang ke akaun bank mereka atau mendedahkan maklumat kad kredit mereka.

Penipuan kerja

Menjanjikan pembayaran untuk tugasan-tugasan mudah dalam talian yang telah selesai walaupun tugas-tugas tersebut memerlukan mangsa untuk menggunakan dana sendiri sebagai modal. Penipu akan meminta lebih banyak wang untuk membuat pembayaran, atau memutuskan perhubungan.

Penipuan pinjaman

Penipu berpura-pura sebagai pemberi pinjaman wang berlesen menawarkan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. Mangsa diarahkan untuk membayar pelbagai bayaran pendahuluan untuk meningkatkan skor kredit sebelum pinjaman boleh diproses. Selepas wang dipindahkan, 'peminjam wang' tidak dapat dihubungi.

Penipuan e-dagang

Penipu menyamar sebagai penjual di platform e-dagang - menyasarkan mangsa yang ingin menjual barangan. Selepas mangsa menyelesaikan pembayaran, penipu tidak dapat dihubungi.

Keldai wang

Keldai wang ditipu melalui peluang pekerjaan yang lumayan, menjanjikan wang tunai yang cepat dan mudah. Mangsa dibayar untuk membuka akaun bank keldai, yang menyembunyikan identiti penjenayah dan membantu mereka menutup jejak wang.

WANG ANDA KINI SELAMAT.

Buka Akaun GX sepantas 4 minit dan nikmati
  • Ganjaran tunai segera RM8 apabila anda mendepositkan RM88 atau lebih ke Akaun GX menerusi aplikasi.

  • Ganjaran tunai segera RM8 apabila mendaftarkan Akaun GX dengan DuitNow.

Tertakluk pada terma & syarat