Membina pemerkasaan ekonomi ke dalam sistem kewangan

Institusi bank telah wujud selama beribu-ribu tahun. Walaupun begitu, terdapat sebahagian besar masyarakat yang belum menerima perkhidmatan ekonomi.

Dicipta menerusi teknologi dengan pendekatan ekosistem terbuka terhadap data, kami kini berpeluang untuk membina sebuah bank di atas landasan yang bersih bagi mengubah landskap perbankan dan memperkasakan berjuta-juta rakyat Malaysia dari segi ekonomi untuk membina kekayaan yang bermanfaat untuk mereka..

Menjadikan perkhidmatan kewangan berkualiti tinggi mampu milik dan boleh diakses oleh semua

Untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami, kami percaya dalam memahami keperluan mereka dari akar umbi dan menawarkan mereka teknologi kewangan yang baik.

Kami akan mengautomatikkan aktiviti perbankan yang kompleks dan mengubah perkhidmatan pelanggan kepada pengalaman yang bebas masalah (dan semestinya menyeronokkan). Di samping itu, kami akan membina platform perbankan yang dinamik, untuk mengaplikasikan teknologi dan pembelajaran kepada populasi yang lebih besar.

Budaya inovasi dengan kepentingan pelanggan diutamakan

Dalam usaha kami menyelesaikan masalah kritikal dalam perbankan, kami mempunyai kefahaman yang jelas di mana kami harus berinovasi agar dapat membezakan kami daripada fintech dan bank-bank lain.

Kami mengamalkan proses inovasi dan penciptaan nilai berasaskan visi dan eksperimen untuk mencapai kesegeraan ke pasaran yang signifikan. Dengan memberi tumpuan kepada pelanggan, kami berinteraksi dengan pengguna sebenar dalam ekosistem kami dari awal dan menjalankan eksperimen untuk menyelesaikan keperluan kewangan sebenar mereka, semuanya sebelum kami memperkenalkan MVP terbaik kami kepada seluruh Malaysia.

Menggalakkan perilaku kewangan yang positif melalui setiap detik dalam kehidupan

Pelanggan selalunya sibuk dengan urusan kehidupan seharian, sekaligus memberikan cabaran dalam pengurusan kewangan mereka, terutama sekali bagi mereka yang hidup di ambang ketidakupayaan ekonomi.

Dengan mengutamakan mobiliti dalam reka bentuk teknologi kami, dan memanfaatkan ekosistem rakan kongsi kami, kami dapat membantu pelanggan kami membentuk tabiat kewangan yang baik, dengan sentiasa bersedia untuk mendidik dan memberikan inspirasi kepada mereka pada setiap detik kehidupan.

Berpegang teguh pada aspirasi-aspirasi ini, kami akan memastikan setiap individu di dalam organisasi kami memahami dan mengamalkannya. Dan kami akan saling mencabar diri untuk mengekalkan matlamat bersama agar terus komited dengan tujuan kewujudan kami.

DAPATKAN LEBIH
DARIPADA
WANG ANDA.

Buka Akaun GX sepantas 4 minit dan nikmati
  • Ganjaran tunai segeraRM8 apabila anda mendepositkan RM88 atau lebih ke Akaun GX menerusi aplikasi.

  • Ganjaran tunai segeraRM8 apabila mendaftarkan Akaun GX dengan DuitNow.

Terms and Conditions apply