TERMA DAN SYARAT KEMPEN GX TOP REFERRERS

1. Umum

1.1 Kempen GX Top Referrers (“Kempen”) dianjurkan oleh GX Bank Berhad (dahulunya dikenali sebagai A5-DB Operations (M) Berhad) (“GXBank”) dan akan berlangsung dari 3 Jun 2024 hingga 28 Julai 2024 (termasuk kedua-dua tarikh) atau tarikh lain yang mungkin ditentukan oleh GXBank dari semasa ke semasa dengan notis kepada anda (“Tempoh Kempen”).

1.2 Dengan menyertai Kempen ini,anda bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat KempenGX Top Referrers ini (“Terma dan Syarat”) dan bersetuju bahawa sebarang keputusan yangdibuat oleh GXBank berkenaan dengan Kempen ini adalah muktamad dan mengikat.

1.3 Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat GX Bank yang Mengawal Produk dan Perkhidmatan Perbankan Runcit.

2. Kelayakan

2.1 Kempen ini terbuka kepadasemua pelanggan individu GXBank yang mempunyai Akaun GX (secara kolektif, “Pelanggan Yang Layak”, “anda”, atau “kepunyaan anda”):

2.2 Individu berikut tidak layak untuk menyertai Kempen ini:

(a) pekerja tetap dan kontrak GXBank;
(b) individu yang dipilih untuk menyertai Program GX Referral - Grab Alpha;
(c) ejen atau individu yang dilantik oleh GXBank untuk mempromosikan Kempen ini;
(d) pelanggan yang Akaun GXnya telah ditamatkan, ditutup, digantung, delinkuen atau dijalankan dengan tidak memuaskan seperti yang ditentukan oleh GXBank dalam Tempoh Kempen;
(e) individu yang tidak waras dari segi mental, telah meninggal dunia, dihukum muflis atau mempunyai sebarang prosiding undang-undang dimulakan terhadap mereka; atau
(f) individu di bawah umur lapan belas (18) tahun.

3. Mekanik Kempen dan Kriteria Kelayakan

3.1 Kempen ini mempunyai dua (2) kategori ganjaran seperti berikut:

(a) 1x Hadiah Utama ganjaran tunai bernilai RM10,000 (“Kategori Ganjaran 1”); dan
(b) 3x Hadiah Mingguan baucar GrabGifts bernilai RM500 (“Kategori Ganjaran 2”)

3.2 Untuk layak mendapat Ganjaran Kempen (seperti yang dinyatakan di bawah Klausa 4.1 di bawah),Pelanggan yang Layak mesti memenuhi perkara berikut semasa Tempoh Kempen("secara kolektif, Kriteria Kelayakan"):

(a) anda mesti mempunyai Akaun GX sedia ada dalam kedudukan yang baik;
(b) anda mesti telah menyertai Kempen GX Referral (Terma dan Syarat) (FAQ) dengan menghantar sekurang-kurangnya satu (1) pautan dan kod Referral (“Referral”) kepada keluarga dan rakan anda yang bukan pelanggan GXBank sedia ada (“Individu yang Dirujuk”) untuk membuka Akaun GX; dan
(c) Individu yang Dirujuk oleh anda mesti berjaya membuka Akaun GX menggunakan pautan atau kod Referral yang dihantar oleh anda (“Referral Berjaya”); dan
(d) berkaitan dengan Kategori Ganjaran 1, Individu yang Dirujuk anda mesti telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) deposit ke dalam Akaun GXnya

3.3 Menurut Kempen ini, Pelanggan yang Layak boleh menghantar Referral kepada sebarang bilangan Individu yang Dirujuk, dimana setiap seorang daripada mereka mesti adalah individu dan bukan pelanggan sedia ada GXBank. Untuk mengelakkan keraguan, Pelanggan yang Layak tidak boleh merujuk dirinya untuk Kempen ini.

3.4 Dengan menghantar Referral, Pelanggan yang Layak dianggap telah bersetuju untuk mengambil tanggungjawab penuh atas tindakan mereka sendiri dan tindakan Individu yang Dirujuk atau pihak ketiga yang berkongsi atau telah berkongsi Referral dari Pelanggan yang Layak.

3.5 Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak bersetuju untuk untuk mengambil tanggungjawab penuh ke atas sesiapa yang dihantar Referral dan GXBank tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menerima sebarang liabiliti dalam apa jua sifat dan walau bagaimanapun timbul atau dialami oleh Pelanggan yang Layak, Individu yang Dirujuk atau mana-mana pihak ketiga yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung daripada Kempen ini.

4. Ganjaran Kempen

4.1 Pelanggan yang Layak yang telah memenuhi Kriteria Kelayakan seperti yang dinyatakan di Klausa 3 di atas semasa Tempoh Kempen layak menerima Ganjaran Kempen berikut, tertakluk kepada Kelayakan Ganjaran Kempen yang dinyatakan di bawah:

Ganjaran Kempen Kelayakan Ganjaran Kempen Pengkreditan Ganjaran Kempen
Kategori Ganjaran 1
1x Hadiah Utama ganjaran tunai bernilai RM10,000
Satu (1) Pelanggan yang Layak dengan bilangan Referral Berjaya yang tertinggi untuk keseluruhan Tempoh Kempen akan layak menerima Ganjaran Kempen (“Pemenang Hadiah Utama”).

Semua individu yang Dirujuk daripada Referral Berjaya mesti telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) deposit ke dalam Akaun GX mereka.
Ganjaran Kempen akan dikreditkan ke Akaun GX Pemenang Hadiah Utama dalam masa satu (1) bulan dari tarikh tamat Tempoh Kempen.
Kategori Ganjaran 2
3x Hadiah Mingguan baucar GrabGifts bernilai RM500
Tiga (3) Pelanggan Layak dengan bilangan Referral Berjaya yang tertinggi untuk setiap minggu kempen semasa Tempoh Kempen akan layak menerima Ganjaran Kempen (“Pemenang Hadiah Mingguan”).

Pemenang Hadiah Mingguan mesti mempunyai akaun Grab untuk menebus Ganjaran Kempen.
Pemenang Hadiah Mingguan akan dimaklumkan melalui Aplikasi GX, dengan mesej pemberitahuan termasuk kod baucar, dalam masa satu (1) bulan dari tarikh tamat setiap minggu kempen semasa Tempoh Kempen.

Pemenang Hadiah Mingguan kemudiannya boleh menebus Ganjaran Kempen melalui akaun Grab dalam Aplikasi Grab, menggunakan kod baucar yang diterima. (Rujuk Klausa 4.3 di bawah untuk butiran lanjut mengenai cara penebusan baucar GrabGifts.)

4.2 Berkaitan Kategori Ganjaran 2, tiga (3) Pemenang Hadiah Mingguan akan dipilih untuk setiap minggu kempen (seperti yang dinyatakan di bawah) semasa Tempoh Kempen:

(a) Minggu 1: 3 Jun 2024 - 9 Jun 2024;
(b) Minggu 2: 10 Jun 2024 - 16 Jun 2024;
(c) Minggu 3: 17 Jun 2024 - 23 Jun 2024;
(d) Minggu 4: 24 Jun 2024 - 30 Jun 2024;
(e) Minggu 5: 1 Julai 2024 - 7 Julai 2024;
(f) Minggu 6: 8 Julai 2024 - 14 Julai 2024;
(g) Minggu 7: 15 Julai 2024 - 21 Julai 2024; dan
(h) Minggu 8: 22 Julai 2024 - 28 Julai 2024.

Untuk mengelakkan keraguan berkaitan dengan Kategori Ganjaran 2, kempen pada setiap minggu semasa Tempoh Kempen adalah berasingan antara  satu sama lain dan oleh itu, mana-mana Pelanggan Layak yang menerima Kategori Ganjaran 2 sewaktu mana-mana minggu kempen, masih layak untuk Kategori Ganjaran 2 untuk minggu kempen berikutnya.

4.3 Berkaitan Kategori Ganjaran 2, Hadiah Mingguan baucar GrabGifts bernilai RM500 akan dianugerahkan dalam bentuk dua (2) kod baucar GrabGifts berasingan yang bernilai RM250 setiap satu, yang dihantar melalui mesej pemberitahuan melalui Aplikasi GX. Pemenang Hadiah Mingguan kemudiannya boleh menebus Ganjaran Kempen dalam akaun Grab mereka dalam Aplikasi Grab menggunakan kod-kod baucar tersebut, dan seterusnya memilih denominasi baucar untuk setiap satu baucar GrabGifts RM250 seperti berikut:

(a) 1x RM250 baucar untuk Grab Transport, GrabFood, atau GrabMart; atau
(b) 5x RM50 baucar untuk Grab Transport, GrabFood, atau GrabMart; atau
(c) 10x RM25 baucar untuk Grab Transport, GrabFood, atau GrabMart.

4.4 Berkaitan Kategori Ganjaran 2, baucar GrabGifts adalah sah untuk penebusan dan penggunaan sehingga 31 Disember 2024 dan selanjutnya tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan didalam baucar GrabGifts (“Terma dan Syarat Baucar GrabGifts”). Berhubung dengan baucar GrabGifts, sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Terma dan Syarat ini dan Terma dan Syarat Baucar GrabGifts, Terma dan Syarat Baucar GrabGifts akan diguna pakai (jika ada).

4.5 Ganjaran Kempen tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak lain dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai, kredit atau barangan lain, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

4.6 Berkaitan Kategori Ganjaran 1, sekiranya Akaun GX Pelanggan yang Layak digantung, dibekukan atau ditutup atas apa jua sebab sebelum Ganjaran Kempen dikreditkan, GXBank berhak untuk membatalkan Ganjaran Kempen.

4.7 Jika GXBank kemudiannya mendapati bahawa Pelanggan yang Layak sebenarnya tidak layak untuk Ganjaran Kempen atau terdapat sebarang ralat atau kesilapan dalam pengkreditan Ganjaran Kempen, GXBank berhak untuk menolak untuk mengkredit Ganjaran Kempen atau meminda, membetulkan atau melaraskan Ganjaran Kempen, atau mendebitkan amaun bersamaan dengan Ganjaran Kempen, sekiranya sudah dianugerahkan, daripada Akaun GX Pelanggan Layak (yang termasuk Akaun Utama dan mana-mana Poket Simpanan).

4.8 GXBank berhak untuk (i) melucutkan kelayakan Pelanggan yang Layak daripada menyertai Kempen ini, (ii) menolak untuk mengkredit, membatalkan pengkreditan, memotong atau mendebit Ganjaran Kempen daripada Akaun GX Pelanggan yang Layak (yang termasuk kedua-dua Akaun Utama dan mana-mana Poket Simpanan), dan/atau (iii) mengambil sebarang tindakan lain yang dianggap perlu oleh GXBank (termasuk tindakan undang-undang) terhadap Pelanggan yang Layak:

4.8.1 jika Pelanggan Yang Layak didapati atau disyaki mengubah Kempen ini dan/atau prosesnya atau operasi Kempen ini yang merangkumi aktiviti penipuan atau pemalsuan berkaitan dengan Kempen ini;

4.8.2 jika GXBank menentukan bahawa Pelanggan Yang Layak tidak mematuhi Terma dan Syarat ini dan/atau Terma dan Syarat GXBank yang Mentadbir Produk dan Perkhidmatan Perbankan Runcit termasuk tetapi tidak terhad kepada di mana:

(a) Akaun GX Pelanggan Yang Layak atau Kad GX telah dikendalikan atau digunakan dengan cara yang tidak teratur atau tidak wajar;
(b) tindakan Pelanggan yang Layak yang melibatkan unsur penipuan  atau tidak jujur; atau
(c) Pelanggan Yang Layak telah melakukan perkara yang berunsur niat jahat atau sebaliknya dengan cara yang tidak wajar untuk mendapatkan kelebihan yang tidak adil terhadap GXBank, rakan kongsi atau penyedia perkhidmatan kami;

4.8.3 jika terdapat peristiwa yang telah berlaku yang menimbulkan hak GXBank untuk menggantung atau menamatkan mana-mana atau semua produk atau perkhidmatan GXBank, seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat GXBank yang Mentadbir Produk dan Perkhidmatan Perbankan Runcit.

5. Terma dan Syarat Am

5.1 Dengan menyertai Kempen ini, anda bersetuju dan membenarkan data peribadi anda dikumpul, diproses dan digunakan oleh GXBank mengikut Dasar Privasi Data GXBank. Sebagai tambahan dan tanpa prejudis kepada terma yang dinyatakan dalam Dasar Privasi Data GXBank, anda bersetuju dan membenarkan data peribadi anda atau informasi untuk dikumpul, diproses dan digunakan oleh GXBank bagi:

(a) tujuan Kempen ini; dan
(b) aktiviti pemasaran dan promosi yang dijalankan oleh GXBank, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang bentuk pengiklanan atau media publisiti dan bahan seperti rakaman audio dan/atau visual yang diterbitkan melalui surat khabar, rangkaian televisyen, stesen radio atau media atas talian dan digital dan di Internet. Aktiviti pemasaran dan promosi termasuk penggunaan dan/atau penerbitan sebarang butiran tanpa had yang disediakan dan/atau berhubung dengan penyertaan, bahan temu bual serta respons dan gambar berkaitan. Dalam hal ini, anda bersetuju untuk bekerjasama dan menyertai dalam semua aktiviti pengiklanan dan publisiti GXBank berhubung dengan Kempen ini.

5.2 Melainkan dinyatakan secara khusus dalam Terma dan Syarat ini, Kempen ini tidak sah dengan mana-mana kempen GXBank yang lain, dan tiada kadar istimewa, tambahan, keutamaan dan/atau ganjaran lain akan diberikan kepada anda sebagai tambahan kepada Kempen ini.

5.3 Rekod transaksi yang dikekalkan oleh GXBank dan keputusan GXBank dalam semua perkara (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang pertikaian yang timbul daripadanya) yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad. konklusif dan mengikat anda. GXBank tidak akan bertanggungjawab untuk memberikan sebarang sebab atau melayan sebarang surat-menyurat dengan mana-mana individu atau mana-mana pihak mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Kempen ini.

5.4 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan melainkan disebabkan oleh kecuaian teruk GXBank atau salah laku yang disengajakan, GXBank secara nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, waranti atau pengendorsan, tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, pemasaran atau bahan pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan kesesuaian untuk tujuan tertentu.

5.5 Dengan menyertai Kempen ini, anda bersetuju bahawa GXBank tidak akan dalam apa-apa cara sekalipun bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan jika GXBank tidak dapat melaksanakan dalam sepenuhnya atau sebahagiannya apa-apa kewajipannya di sini yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, peperangan, mogok, rusuhan, pandemik atau apa-apa bencana alam (act of God) di luar kawalan GXBank atau disebabkan oleh apa-apa faktor dalam sifat force majeure yang berada di luar kawalan munasabah GXBank.

5.6 GXBank dan pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejennya (termasuk tanpa had, mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh GXBank untuk tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menerima sebarang liabiliti dalam apa jua sifat dan walau bagaimanapun timbul atau dialami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung daripada Kempen ini, melainkan disebabkan oleh kecuaian teruk GXBank atau salah laku yang disengajakan secara khusus berkaitan dengan Kempen ini.

5.7 GXBank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan berkenaan dengan sebarang jenis kegagalan teknikal, pengantaraan, pengganguan dan/atau ralat elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui Aplikasi GX dengan syarat bahawa perkara tersebut tidak disebabkan secara langsung oleh GXBank.

5.8 GXBank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran bukti transaksi jualan oleh Visa International Incorporated, MasterCard Worldwide, pertubuhan saudagar, pihak berkuasa pos atau telekomunikasi atau mana-mana pihak lain yang mungkin menyebabkan anda gagal untuk mendapat ganjaran di bawah Kempen ini.

5.9 GXBank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang salah tafsir atau salah nyata fakta oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak dibenarkan berkenaan dengan Kempen ini yang ditawarkan dan diterbitkan dalam mana-mana media, pemasaran atau bahan pengiklanan.

5.10 Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma dan Syarat ini dengan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan atau berhubung dengan Kempen ini, Terma dan Syarat ini harus digunapakai.

5.11 GXBank merizabkan hak untuk membatalkan, menarik balik, menggantung, melanjutkan atau menamatkan Kempen ini sebelum tamat tempoh Tempoh Kempen, sepenuhnya atau sebahagiannya, pada bila-bila masa, dengan memberikan notis awal kepada anda dengan menerbitkan di laman web GXBank di https://gxbank.my/notices, melalui Aplikasi GX, atau apa-apa cara lain seperti yang ditentukan oleh GXBank dari semasa ke semasa. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penarikan balik, penggantungan, pelanjutan atau penamatan Kempen ini oleh GXBank tidak akan memberikan hak kepada anda untuk sebarang tuntutan atau pampasan terhadap GXBank untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh anda sama ada sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada pembatalan, penarikan balik, penggantungan, lanjutan atau penamatan tersebut.

5.12 GXBank merizabkan hak untuk menambah, memadam, menggantung atau mengubah Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa, sepenuhnya atau sebahagian, dengan memberikan notis awal kepada anda dengan menerbitkan di laman web GXBank di https://gxbank.my/notices, melalui Aplikasi GX atau apa-apa cara lain seperti yang ditentukan oleh GXBank dari semasa ke semasa.

5.13 Dengan menyertai Kempen ini, anda bersetuju untuk mengakses laman web GXBank secara tetap untuk melihat Terma dan Syarat ini (termasuk sebarang notis berkaitan oleh GXBank). Anda mesti mendapatkan penjelasan daripada wakil sah GXBank jika anda tidak memahami mana-mana Terma dan Syarat ini.

5.14 Terma dan Syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan anda bersetuju untuk menerima bidang kuasa eklusif mahkamah Malaysia.

5.15 Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat ini dan bahasa lain termasuk tetapi tidak terhad kepada versi Bahasa Malaysia Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat ini harus digunapakai.

5.16 Untuk maklumat, pertanyaan, maklum balas dan/atau aduan yang berkaitan dengan Kempen ini, sila hubungi unit Khidmat Pelanggan GXBank melalui perbualan dalam Aplikasi GX. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami di +603 7498 3188 atau emel kami di ask@gxbank.my. Jika anda mengalami sebarang isu berkaitan penebusan Ganjaran Kempen di bawah Kategori Ganjaran 2 menggunakan akaun Grab anda dalam Aplikasi Grab, sila hubungi Khidmat Pelanggan Grab melalui perbualan dalam Aplikasi Grab.