TERMA DAN SYARAT KEMPEN GX REFERRAL

1. Umum

1.1 Kempen GX Referral (“Kempen”) dianjurkan oleh GX Bank Berhad (dahulunya dikenali sebagai A5-DB Operations (M) Berhad) (“GXBank”) dan akan berlangsung dari 16 Mei 2024 hingga 31 Julai 2024 (termasuk kedua-dua tarikh) atau tarikh lain yang mungkin ditentukan oleh GXBank dari semasa ke semasa dengan notis kepada anda (“Tempoh Kempen”).

1.2 Dengan menyertai Kempen ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Kempen GX Referral ini (“Terma dan Syarat”) dan bersetuju bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh GXBank berkenaan dengan Kempen ini adalah muktamad dan mengikat.

1.3 Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat GX Bank yang Mengawal Produk dan Perkhidmatan Perbankan Runcit.

2. Kelayakan

2.1 Kempen ini terbuka kepada (secara kolektif, “Pelanggan Yang Layak”, “anda”, atau “kepunyaan anda”):

(a) pelanggan individu terpilih GXBank yang mempunyai akaun simpanan dengan GXBank (“Akaun GX”) yang telah menerima notifikasi daripada GXBank untuk menyertai Kempen mulai 16 Mei 2024 dan seterusnya; dan
(b) semua pelanggan individu GXBank yang mempunyai Akaun GX dari 30 Mei 2024 dan seterusnya.

2.2 Individu berikut tidak layak untuk menyertai Kempen ini:

(a) pelanggan yang Akaun GXnya telah ditamatkan, ditutup, digantung, delinkuen atau dijalankan dengan tidak memuaskan seperti yang ditentukan oleh GXBank dalam Tempoh Kempen;
(b) individu yang tidak waras dari segi mental, telah meninggal dunia, dihukum muflis atau mempunyai sebarang prosiding undang-undang dimulakan terhadap mereka; atau
(c) individu di bawah umur lapan belas (18) tahun.

3. Mekanik Kempen dan Kriteria Kelayakan

3.1 Untuk layak mendapat Ganjaran Kempen (seperti yang dinyatakan di bawah Klausa 4.1 di bawah), Pelanggan yang Layak mesti memenuhi perkara berikut semasa Tempoh Kempen ("secara kolektif, Kriteria Kelayakan"):

(a) anda mesti mempunyai Akaun GX sedia ada dalam kedudukan yang baik;
(b) anda mesti akses ke aplikasi mudah alih GXBank anda (“Aplikasi GX”), versi 1.7.14 untuk Android dan versi 1.7.17 untuk iOS atau ke atas > pilih “Saya” > pilih “Kongsi dengan rakan” untuk menghantar pautan dan kod Referral (“Referral”) kepada keluarga dan rakan anda yang bukan pelanggan GXBank sedia ada (“Individu yang Dirujuk”) untuk membuka Akaun GX; dan
(c) Individu yang Dirujuk anda mesti berjaya membuka Akaun GX menggunakan pautan atau kod Referral yang dihantar oleh anda (“Referral Berjaya”).

Nota Penting: Setelah dihantar, Referral akan tamat tempoh selepas enam puluh (60) hari jika ia tidak digunakan. Jika ini berlaku, Pelanggan yang Layak boleh menghantar semula Referral baharu kepada Individu yang Dirujuk dalam Tempoh Kempen.

3.2 Menurut Kempen ini, Pelanggan yang Layakboleh menghantar Referral kepada sebarang bilangan Individu yang Dirujuk,dimana setiap seorang daripada mereka mesti adalah individu dan bukan pelanggansedia ada GXBank. Untuk mengelakkan keraguan, Pelanggan yang Layak tidak bolehmerujuk dirinya untuk Kempen ini.

3.3 Dengan menghantar Referral, Pelangganyang Layak dianggap telah bersetuju untuk mengambil tanggungjawab penuh atastindakan mereka sendiri dan tindakan Individu yang Dirujuk atau pihak ketigayang berkongsi atau telah berkongsi Referral dari Pelanggan yang Layak.

3.4 Dengan menyertai Kempen ini, Pelangganyang Layak bersetuju untuk untuk mengambil tanggungjawab penuh ke atas sesiapayang dihantar Referral dan GXBank tidak akan bertanggungjawab dan tidak akanmenerima sebarang liabiliti dalam apa jua sifat dan walau bagaimanapun timbulatau dialami oleh Pelanggan yang Layak, Individu yang Dirujuk atau mana-manapihak ketiga yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung daripadaKempen ini.

4. Ganjaran Kempen

4.1 Pelanggan yang Layak yang telah memenuhi Kriteria Kelayakan yang dinyatakan di bawah Klausa 3 di atas semasa Tempoh Kempen layak menerima Ganjaran Kempen berikut, tertakluk kepada Kelayakan Ganjaran Kempen yang dinyatakan di bawah:

Ganjaran Kempen Kelayakan Ganjaran Kempen Pengkreditan Ganjaran Kempen
RM8 Ganjaran Referral Pelanggan yang Layak akan layak menerima Ganjaran Kempen beberapa kali, satu (1) untuk setiap Referral Berjaya semasa Tempoh Kempen. Ganjaran Kempen akan dikreditkan ke Akaun GX Pelanggan yang Layak serta-merta selepas Individu yang Dirujuk berjaya membuka Akaun GX menggunakan Referral yang dihantar oleh Pelanggan yang Layak.

Dalam kes luar biasa, pengkreditan Ganjaran Kempen boleh mengambil masa sehingga dua (2) minggu dari tarikh Individu yang Dirujuk berjaya membuka Akaun GX menggunakan Referral yang dihantar oleh Pelanggan yang Layak.


4.2 Ilustrasi kelayakan untuk menerima Ganjaran Kempen telah dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah.

No. Ilustrasi Kelayakan Ganjaran Kempen
1 Pelanggan yang Layak menghantar Referral kepada Individu yang Dirujuk A yang bukan pelanggan GXBank sedia ada.
Individu yang Dirujuk A menggunakan pautan atau kod Referral yang dihantar oleh Pelanggan yang Layak dan berjaya membuka Akaun GX.
Pelanggan yang Layak layak menerima Ganjaran Kempen
2 Pelanggan yang Layak menghantar Referral kepada Individu yang Dirujuk B yang bukan pelanggan GXBank sedia ada.
Individu yang Dirujuk B tidak menggunakan pautan atau kod Referral yang dihantar oleh Pelanggan yang Layak dan berjaya membuka Akaun GX.
Pelanggan yang Layak tidak layak menerima Ganjaran Kempen
3 Pelanggan yang Layak menghantar Referral kepada Individu yang Dirujuk C, yang bukan pelanggan GXBank sedia ada.
Individu yang Dirujuk C menggunakan pautan atau kod Referral yang dihantar oleh Pelanggan yang Layak, tetapi tidak membuka Akaun GX.
Pelanggan yang Layak tidak layak menerima Ganjaran Kempen
4 Pelanggan yang Layak menghantar Referral kepada Individu yang Dirujuk D, yang bukan pelanggan GXBank sedia ada. Individu yang Dirujuk D cuba menggunakan pautan atau kod Referral yang dihantar oleh Pelanggan yang Layak tetapi Referral telah tamat tempoh.

Catatan:
Setelah dihantar, Referral akan tamat tempoh selepas enam puluh (60) hari jika ia tidak pernah digunakan. Jika ini berlaku, Pelanggan yang Layak boleh menghantar semula Referral baharu kepada Individu yang Dirujuk D semasa Tempoh Kempen. Setelah menerima Referral baharu yang dihantar oleh Pelanggan yang Layak, Individu yang Dirujuk D boleh terus membuka Akaun GX baharu menggunakan pautan atau kod Referral.
Pelanggan yang Layak tidak layak menerima Ganjaran Kempen

Catatan:
Pelanggan yang Layak hanya layak menerima Ganjaran Kempen jika Individu yang Dirujuk D berjaya membuka Akaun GX menggunakan pautan atau kod Referral baharu yang dihantar oleh Pelanggan yang Layak.

4.3 Jika GXBank kemudiannya mendapati bahawa Pelanggan yang Layak sebenarnya tidak layak untuk Ganjaran Kempen atau terdapat sebarang ralat atau kesilapan dalam pengkreditan Ganjaran Kempen, GXBank berhak untuk menolak untuk mengkredit Ganjaran Kempen atau meminda, membetulkan atau melaraskan Ganjaran Kempen, atau debitkan amaun Ganjaran Kempen, jika sudah diberikan, daripada Akaun GX Pelanggan Layak (yang termasuk Akaun Utama dan mana-mana Poket Simpanan). Jika wang yang ada pada kredit Akaun GX Pelanggan Layak tidak mencukupi untuk membayar balik GXBank bagi jumlah Ganjaran Kempen, Pelanggan Layak hendaklah membayar balik GXBank dengan serta-merta untuk jumlah Ganjaran Kempen atas permintaan.

4.4 GXBank berhak untuk (i) melucutkan kelayakan Pelanggan yang Layak daripada menyertai Kempen ini, (ii) menolak untuk mengkredit, membatalkan pengkreditan, memotong atau mendebit Ganjaran Kempen daripada Akaun GX Pelanggan yang Layak (yang termasuk kedua-dua Akaun Utama dan mana-mana Poket Simpanan), dan/atau (iii) mengambil sebarang tindakan lain yang dianggap perlu oleh GXBank (termasuk tindakan undang-undang) terhadap Pelanggan yang Layak:

4.4.1 jika Pelanggan Yang Layak didapati atau disyaki mengubah Kempen ini dan/atau prosesnya atau operasi Kempen ini yang merangkumi aktiviti penipuan atau pemalsuan berkaitan dengan Kempen ini;

4.4.2 jika GXBank menentukan bahawa Pelanggan Yang Layak tidak mematuhi Terma dan Syarat ini dan/atau Terma dan Syarat GXBank yang Mentadbir Produk dan Perkhidmatan Perbankan Runcit termasuk tetapi tidak terhad kepada di mana:
(a) Akaun GX Pelanggan Yang Layak atau Kad GX telah dikendalikan atau digunakan dengan cara yang tidak teratur atau tidak wajar;
(b) tindakan Pelanggan yang Layak yang melibatkan unsur penipuan atau tidak jujur; atau
(c) Pelanggan Yang Layak telah melakukan perkara yang berunsur niat jahat atau sebaliknya dengan cara yang tidak wajar untuk mendapatkan kelebihan yang tidak adil terhadap GXBank, rakan kongsi atau penyedia perkhidmatan kami;

4.4.3 jika peristiwa telah berlaku yang menimbulkan hak GXBank untuk menggantung atau menamatkan mana-mana atau semua produk atau perkhidmatan GXBank, seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat GXBank yang Mentadbir Produk dan Perkhidmatan Perbankan Runcit.

5. 5. Terma dan Syarat Am

5.1 Dengan menyertai Kempen ini, anda bersetuju dan membenarkan data peribadi anda dikumpul, diproses dan digunakan oleh GXBank mengikut Dasar Privasi Data GXBank. Sebagai tambahan dan tanpa prejudis kepada terma yang dinyatakan dalam Dasar Privasi Data GXBank, anda bersetuju dan membenarkan data peribadi anda atau informasi untuk dikumpul, diproses dan digunakan oleh GXBank bagi:

(a) tujuan Kempen ini; dan
(b) aktiviti pemasaran dan promosi yang dijalankan oleh GXBank, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang bentuk pengiklanan atau media publisiti dan bahan seperti rakaman audio dan/atau visual yang diterbitkan melalui surat khabar, rangkaian televisyen, stesen radio atau media atas talian dan digital dan di Internet. Aktiviti pemasaran dan promosi termasuk penggunaan dan/atau penerbitan sebarang butiran tanpa had yang disediakan dan/atau berhubung dengan penyertaan, bahan temu bual serta respons dan gambar berkaitan. Dalam hal ini, anda bersetuju untuk bekerjasama dan menyertai dalam semua aktiviti pengiklanan dan publisiti GXBank berhubung dengan Kempen ini.

5.2. Melainkan dinyatakan secara khusus dalam Terma dan Syarat ini, Kempen ini tidak sah dengan mana-mana kempen GXBank yang lain, dan tiada kadar istimewa, tambahan, keutamaan dan/atau ganjaran lain akan diberikan kepada anda sebagai tambahan kepada Kempen ini.

5.3 Rekod transaksi yang dikekalkan oleh GXBank dan keputusan GXBank dalam semua perkara (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang pertikaian yang timbul daripadanya) yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad. konklusif dan mengikat anda. GXBank tidak akan bertanggungjawab untuk memberikan sebarang sebab atau melayan sebarang surat-menyurat dengan mana-mana individu atau mana-mana pihak mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Kempen ini.

5.4 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan melainkan disebabkan oleh kecuaian teruk GXBank atau salah laku yang disengajakan, GXBank secara nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, waranti atau pengendorsan, tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, pemasaran atau bahan pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan kesesuaian untuk tujuan tertentu.

5.5 Dengan menyertai Kempen ini, anda bersetuju bahawa GXBank tidak akan dalam apa-apa cara sekalipun bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan jika GXBank tidak dapat melaksanakan dalam sepenuhnya atau sebahagiannya apa-apa kewajipannya di sini yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, peperangan, mogok, rusuhan, pandemik atau apa-apa bencana alam (act of God) di luar kawalan GXBank atau disebabkan oleh apa-apa faktor dalam sifat force majeure yang berada di luar kawalan munasabah GXBank.

5.6 GXBank dan pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejennya (termasuk tanpa had, mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh GXBank untuk tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menerima sebarang liabiliti dalam apa jua sifat dan walau bagaimanapun timbul atau dialami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung daripada Kempen ini, melainkan disebabkan oleh kecuaian teruk GXBank atau salah laku yang disengajakan secara khusus berkaitan dengan Kempen ini.

5.7 GXBank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan berkenaan dengan sebarang jenis kegagalan teknikal, pengantaraan, pengganguan dan/atau ralat elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui Aplikasi GX dengan syarat bahawa perkara tersebut tidak disebabkan secara langsung oleh GXBank.

5.8 GXBank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran bukti transaksi jualan oleh Visa International Incorporated, MasterCard Worldwide, pertubuhan saudagar, pihak berkuasa pos atau telekomunikasi atau mana-mana pihak lain yang mungkin menyebabkan anda gagal untuk mendapat ganjaran di bawah Kempen ini.

5.9 GXBank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang salah tafsir atau salah nyata fakta oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak dibenarkan berkenaan dengan Kempen ini yang ditawarkan dan diterbitkan dalam mana-mana media, pemasaran atau bahan pengiklanan.

5.10 Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma dan Syarat ini dengan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan atau berhubung dengan Kempen ini, Terma dan Syarat ini harus digunapakai.

5.11 GXBank merizabkan hak untuk membatalkan, menarik balik, menggantung, melanjutkan atau menamatkan Kempen ini sebelum tamat tempoh Tempoh Kempen, sepenuhnya atau sebahagiannya, pada bila-bila masa, dengan memberikan notis awal kepada anda dengan menerbitkan di laman web GXBank di https://gxbank.my/notices, melalui Aplikasi GX, atau apa-apa cara lain seperti yang ditentukan oleh GXBank dari semasa ke semasa. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penarikan balik, penggantungan, pelanjutan atau penamatan Kempen ini oleh GXBank tidak akan memberikan hak kepada anda untuk sebarang tuntutan atau pampasan terhadap GXBank untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh anda sama ada sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada pembatalan, penarikan balik, penggantungan, lanjutan atau penamatan tersebut.

5.12 GXBank merizabkan hak untuk menambah, memadam, menggantung atau mengubah Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa, sepenuhnya atau sebahagian, dengan memberikan notis awal kepada anda dengan menerbitkan di laman web GXBank di https://gxbank.my/notices, melalui Aplikasi GX atau apa-apa cara lain seperti yang ditentukan oleh GXBank dari semasa ke semasa.

5.13 Dengan menyertai Kempen ini, anda bersetuju untuk mengakses laman web GXBank secara tetap untuk melihat Terma dan Syarat ini (termasuk sebarang notis berkaitan oleh GXBank). Anda mesti mendapatkan penjelasan daripada wakil sah GXBank jika anda tidak memahami mana-mana Terma dan Syarat ini.

5.14 Terma dan Syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan anda bersetuju untuk menerima bidang kuasa eklusif mahkamah Malaysia.

5.15 Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat ini dan bahasa lain termasuk tetapi tidak terhad kepada versi Bahasa Malaysia Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat ini harus digunapakai.

5.16 Untuk maklumat, pertanyaan, maklum balas dan/atau aduan yang berkaitan dengan Kempen ini, sila hubungi unit Khidmat Pelanggan melalui perbualan dalam Aplikasi GX. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami di +603 7498 3188 atau emel kami di ask@gxbank.my.